Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya..! Hari ini saya akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang Penulisan Karangan Fakta dan apakah jenis-jenis karangan fakta tersebut.
Apakah itu karangan fakta?
Karangan fakta merupakan sebuah karangan yang mempunyai isi penulisan yang benar-benar tepat. Dengan kata lain, fakta adalah semua perkara yang ditangkap oleh deria manusia atau data kehidupan nyata yang terbukti yang telah menjadi kenyataan. Rekod untuk mengumpul fakta dipanggil data. Fakta sering dipercayai oleh ramai orang sebagai fakta, baik kerana mereka telah mengalami realiti dekat dan kerana mereka dianggap telah melaporkan pengalaman sebenar orang lain.
Terdapat beberapa jenis ciri karangan fakta yang baik dan boleh dijadikan panduan kepada pembaca sebagai ilmu tambahan. Antara cirinya adalah
1. Karangan fakta ialah karangan yang diolah untuk:
a) Menerangkan sesuatu peraturan;
b) Menerangkan proses kejadian sesuatu perkara;
c) Menerangkan peranan seseorang;
d) Memberi petunjuk dan arahan;
e) Menerangkan sesuatu kaedah dan penggunaan ciptaan.
2. Sebuah karangan fakta yang baik mempunyai:
a) Isi-isi yang tepat, padat, kukuh, dan logik;
b) Contoh yang benar;
c) Statistik yang tepat;
d) Bahasa yang mantap, ringkas, dan mudah difahami.
3. Pendahuluan sesebuah karangan fakta diolah berdasarkan tema atau
kunci daripada soalan yang dikemukan.
4. Isi-isi disampaikan secara tersusun dan berkesinambungan antara satu
sama lain.
5. Penutup karangan fakta diolah dengan membuat kesimpulan
daripada keseluruhan karangan. Penutup yang paling mudah adalah
dengan memberikan unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni.
1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3. Karangan jenis Ucapan
4. Karangan jenis Syarahan
5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6. Karangan jenis Berita
7. Karangan jenis Catatan Diari
8. Karangan jenis Laporan
9. Karangan jenis Perbahasan
10. Kad Jemputan
Karangan fakta merupakan antara karangan yang paling penting dan sering dijadikan sebagai latihan di dalam dan luar sekolah serta ujian bagi menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu dan menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca. Selain itu, karangan fakta juga berperanan bagi menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea penulis dan menguji tentang sejauh mana pembacaan anda. Oleh itu, karangan fakta bukanlah satu karangan kosong yang tidak mempunyai apa-apa nilai malah karangan ini sangat penting sehingga bboleh digunakan diperingkat alam pekerjaan dan sebarang urusan rasmi.
Menarik bukan? Untuk memudahkan lagi kepada anda semua tentang karangan fakta ini, saya telah menyediakan sebuah video ringkas untuk tontonan anda semua. Jangan lupa menonton ye. Selamat menonton!