23 May
Kesimpulan

                 Kesimpulannya, pencemaran air telah menyebabkan kualiti air tidak memenuhi piawai yang ditetapkan. Maka, pelbagai langkah perlu diambil supaya kualiti air terpelihara. Tindakan undang-undang yang keras adalah perlu demi untuk menjaga warisan ini untuk generasi akan datang. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, pencemaran air berlaku akibat proses semula jadi namun kebanyakkan pencemaran yang berlaku adalah berpunca daripada kegiatan manusia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa penerokaan terhadap sumber alam semula jadi amat penting untuk kemajuan, namun sikap tamak manusia telah memburukkan keadaan. Ancaman yang terjadi akibat pencemaran air tidak hanya menjejaskan tanaman dan ekosistem semula jadi alam malahan ia juga turut mengancam kesihatan manusia dan mengundang maut.

Manusia sepatutnya kembali kepada agama dalam menuntut penyelesian terhadap krisis alam sekitar termasuklah pencemaran air yang semakin serius pada masa kini. Dari segi agama Islam, kaedah kefahaman tersebut mestilah bertitik tolak dari kefahaman manusia terhadap peranan mereka sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, Islam hendaklah dijadikan panduan untuk membentuk cara hidup serta membangunkan sains, teknologi dan peradaban. Kesemua unsur ini diperlukan untuk digembleng bagi mengatsi krisis alam sekitar dan sebagainya . Oleh itu, dalam memastikan pencemaran air tidak berterusan dan dapat dikawal, semua pihak perlu berganding bahu termasuklah anggota masyarakat kerana masalah pencemaran air ini merupakan tanggungjawab bersama.

              Daripada penulisan ini, jelaslah bahawa pencemaran air sememangnya menjadi isu penting dari tahun ke tahun dan penyelesainnya memerlukan kesedaran bersama oleh semua pihak. Justeru itu, adalah penting pembangunan lestari atau dikenali juga sebagai pembangunan mapan atau pembangunan seimbang diwujudkan, dikekalkan dan seterusnya diteruskan agar sumber alam yang ada pada masa kini dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Di samping itu, memastikan agar industri pengeluaran tidak merosakkan alam sekitar seperti pencemaran yang berlaku termasuklah pencemaran air. Maka, pengurusan alam sekitar secara perundangan iaitu berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan bukan perundangan seperti peranan pihak tertentu dalam membangkitkan kesedaran melalui kempen, program dan sebagainya adalah penting agar dapat memelihara dan memulihara alam sekitar. Oleh itu keindahan dan sumber alam semula jadi yang ada pada hari ini perlu dijaga untuk memastikan generasi akan datang dapat menikmatinya juga. 

                   Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid tidak kiralah murid-murid di sekolah rendah atau pun di sekolah menengah. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai kebaikan yang dapat diperoleh daripada penggunaan teknologi ini seperti menjimatkan masa, menjadikan pengajaran lebih menarik, memudahkan pencarian maklumat, melahirkan generasi yang celik IT, meningkatkan kemahiran guru dalam bidang teknologi dan sebagainya. Tambahan lagi, teknologi dalam pendidikan bukan lagi isu yang baru untuk diperkatakan. Pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik dan perisian-perisian terbaru.

            Selain itu, kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi murid sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan.  Menurut Noor Azean dan Beatrice Andrew (2010) mengatakan pada masa kini ICT banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara kita. Penggunaan ICT ini juga sering dikaitkan dengan keberkesanannya dalam kalangan guru-guru. 

              

Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING